Friday, December 3, 2010

PENDAFTARAN AGEN COSHARE

LATAR BELAKANG

Industri kewangan pembiayaan peribadi adalah sungguh meriah. Dianggarkan ada 5,000 agen diseluruh Malaysia yang memasarkan produk-produk kewangan pembiayaan bagi pihak bank-bank dan koperasi. Dua tahun yang lalu koperasi-koperasi telah mendominasi industri dengan produk pembiayaan peribadi. Dana diperolehi sendiri atau dari bank. Oleh kerana dana datang dari pihak lain maka koperasi terpaksalah menanggung kos dana. Jadi kadar pinjaman yang ditawarkan adalah tinggi. Tunai bersih (payout) dari pinjaman juga rendah (80% - 90%) .

Senario diatas telah berlalu. Sekarang bank-bank sendiri telah memasukki pasaran kerana mereka nampak industri ini adalah paling selamat kerana pemohon-pemohon adalah kakitangan kerajaan dari persekutuan dan negeri juga termasuk badan berkanun. Mengguna Kod-kod koperasi tiap-tiap bulan Biro Perkhidmatan Angkasa akan membuat potongan dari gaji peminjam. Di Malaysia ada 2 juta kakitangan kerajaan bila-bila masa. Ini tidak termasuk kakitangan badan berkanun. Jadi pasaran adalah besar.

3 pemain terbesar pasaran adalah MBSB, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (BKRMB), Bank Simpanan Nasional (BSN). Hanya MBSB yg guna agen. BKRMB dan BSN mengguna eksikutif pemasaran sendiri dan cawangan-cawangan mereka.

95% agen-agen pembiayaan peribadi memasarkan produk kewangan koperasi terus berdaftar atau melalui masteragent. Koperasi-koperasi bergantung kepada dana bank-bank. Kekadang dana yang diberi tidak berterusan atau kehabisan. Maka putuslah pendapatan agen-agen dengan koperasi tersebut dan terpaksalah beralih koperasi. Situasi ini berlaku sekarang dimana koperasi-koperasi yang bergantung kepada dana Al-Rajhi Bank Bhd telah tidak dapat mengeluarkan pinjaman. Kowaja juga telah berhenti mengeluarkan pinjaman atas arahan SKM. Agen-agen yang rancak berurusan dengan koperasi seperti KPUNB, KUASA, KOGEMILANG, KOSPEK, AID dll terpaksalah beralih arah.

Walaupun situasi tidak menentu seperti diatas dan cabaran-cabaran yang dihadapi tetapi kerjaya sebagai agen-agen kewangan adalah berbaloi. Testimoninya adalah bertambahnya yang berminat bekerjaya agen sepenuh masa kerana berpendapatan lumayan.

Dengan perkembangan terkini dimana bank-bank bertambah minat dan aktif dipasaran menawarkan produk pembiayaan peribadi seperti Public Bank, EON Bank, Alliance Bank, CIMB, RHB, Kuwait Fniance House dll kepada golongan kakitangan kerajaan. Bank-bank (melainkan Public Bank dan BSN) tiada mempunyai kod potongan gaji dan bergantung kepada koperasi-koperasi. Pergantungan kepada koperasi akan berakhir tahun depan atas arahan SKM dimana kod-kod potongan koperasi tidak boleh digunakan oleh bank-bank lagi.

Coshare Holdings Berhad akan berperanan menyelesaikan masalah peralihan pergantungan bank-bank terhadap kod-kod potongan gaji kakitangan kerajaan dengan koperasi/Angkasa. Kuwait Finance House adalah yang pertama yang telah melancar produk pembiayaan peribadi yang sangat menarik awal Disember, 2010. Kadar adalah hanya 4.75% untuk tempoh bayaran 20 tahun dengan payout 100%. Pinjaman maksima sehingga RM200,000.00. Bermakna, peluang kepada agen-agen mendapatkan bisnes adalah tinggi kerana kebanyakan pinjaman-pinjaman sedia ada yang telah mencapai had potongan 60% boleh dioverlapkan.

SIAPA KAMI?

Kami, RS Diversified Trading (001687980-P) berlokasi di Shah Alam adalah Master Agent bertauliah yang dilantik oleh Coshare Holdings Bhd  semenjak Januari, 2010 untuk memasarkan produk pembiayaan peribadi Kuwait Finance House Bhd dan terkini (semenjak Ogos, 2012) produk pembiayaan peribadi  Al-Rajhi Bank. Kami adalah juga Masteragen untuk produk pembiyaaan peribadi IDSB (Kuwait Finance House Bhd), Koperasi Ukhwah, Koperasi Kobeta, Koperasi Kogemilang dan terbaru Koperasi KEKAL.  

KEPERLUAN KAMI

Kami memerlukan agen-agen untuk mendaftar sebagai agen sepenuh/separuh masa Coshare daripada kategori berikut:-
  1. Agen biasa
  2. Agen yang boleh mencapai target RM1 juta lebih jualan
  3. Leader yang boleh mencapai target RM3 juta keatas jualan
CARA PENDAFTARAN

Sila click Borang Pendaftaran Agen Coshare dan print. Lengkapkan dan kemudian e-mail ke : coshare2u@yahoo.com.
Tuan/puan boleh juga fax borang ke : 03-2178 4178
Tuan/puan juga boleh hubungi kami melalui tel: 018-288 0797 (Hariri) 012-200 7401 (Zuber)

Kami akan juga akan mendaftarkan tuan/puan secara automatik percuma
sebagai ahli KAWANG (e-Kesatuan Agen-Agen Kewangan Malaysia). Persatuan ini ditubuhkan untuk mempertahankan hak agen-agen kewangan dan telah diiktiraf mewakili agen kewangan oleh bank-bank dan koperasi.



Atau download borang di bawah, cetak, lengkapkan, dan imbas (scan) dan hantar email kepada kami.



BORANG AGEN COSHARE

















PEKELILING HOSPITAL KL 3.8.2011




























FLYERS KFH / COSHARE - CONTOH